Ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-63 Dari DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

Ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-63 Dari DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

Selangor Royal Office

28 Ogos 2020 ~ DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengutus ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-63 kepada seluruh rakyat Malaysia.Sempena sambutan kali ini, Baginda percaya, keteguhan perpaduan sedia ada mampu diperkukuhkan lagi sekiranya setiap rakyat memahami dengan sepenuh hati tentang sejarah dan perjuangan bangsa, terutamanya prinsip-prinsip yang digariskan dalam Rukun Negara.Baginda berpandangan kurangnya penekanan terhadap Rukun Negara sejak dari tahun 1980an sehingga sekarang telah menyebabkan masih ada rakyat yang tidak mengamalkan asas-asas yang didukung menerusi Rukun Negara.Namun, Baginda gembira dan sukacita melihat perkembangan semasa di mana ada usaha-usaha serius untuk menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah memperteguh keharmonian sesama kaum di Malaysia.Baginda mahu LIMA prinsip Rukun Negara yang digubal pada tahun 1970 itu, bukan sahaja dihafal, tetapi harus dihayati, diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.Baginda berpandangan, masih kurang penghargaan dan apresiasi terhadap Rukun Negara diterapkan dalam agenda perpaduan Nasional.Ia berpunca daripada kelemahan segelintir rakyat dalam mendukung keluhuran Perlembagaan Persekutuan dalam setiap tindakan, serta kegagalan menghormati kedaulatan institusi Raja di negara ini.Baginda menyeru rakyat Malaysia agar mengambil tauladan daripada kaedah penghayatan dan pemahaman rakyat Indonesia terhadap prinsip-prinsip Nasional mereka menerusi “Pancasila” yang terbukti berkesan dan diamalkan secara serius dalam memupuk semangat patriotisme.Sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun pengisytiharan Rukun Negara sebagai tunjang perpaduan Malaysia, Baginda mahu agar Rukun Negara diperkasakan semula ke arah membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan disegani.“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA”..Istana Alam Shah28 Ogos 2020

Sumber Dari Page FB : https://www.facebook.com/selangorroyaloffice/?cft[0]=AZWErGibmbdJfxPtjPv_jIjnGohDym3VF7sbYP5lFzP33niL2Abn6inRgadUo7eOaN-2ziB5C7H5dSNhc7GZgOjV6O14wUnIoh0IqSxrSgnzq6NJubS-YXbLHj7tD6VmFw5S9MBMF01ZmnO9Cn7PqEJsVj8EYocZpIv0OaWjW8v8iWwbFUfascyk38Qofygw2i0&tn=-UC%2CP-y-R

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *