Al-Qura’an Al-Karim Mushaf Mufiq (40 DALAM 1)

Al-Qura’an Al-Karim Mushaf Mufiq (40 DALAM 1)

AL-QUR’AN AL-KARIM MUSHAF MUFIQ 

PENGENALAN PRODUK:

  • Al-Mushaf al-Mufiq membawa maksud “mushaf yang bermanfaat”.
  • Tujuan menerbitkan mushaf ini adalah untuk menghasilkan produk unggul bagi Yayasan Restu, sekaligus menjadi rujukan buat masyarakat umum.
  • Sasaran utama produk ini adalah sekolah, IPTA/S, pondok tahfiz, orang awam, masjid, perpustakaan dan dewan orang ramai.
  • Merupakan buku pintar pertama Yayasan Restu.
  • Menampilkan beberapa kelainan daripada mushaf-mushaf yang sedia ada di pasaran Malaysia.

KEISTIMEWAAN:

  • Merupakan usaha terbaru anak Malaysia.
  • Sebuah ensiklopedia lengkap berkaitan al-Quran al-Karim.
  • Teks al-Quran daripada mushaf al-Quran terbaru salinan tangan.
  • Pembangunan manuskrip asal dikenali sebagai projek Mushaf ar-Razzak berukuran 61.5 sm x 88 sm.
  • Susunan teks/nas al-Quran mengikut susunan format Mushaf al-Madinah al-Munawwarah.
  • Penulisan huruf yang jelas, huruf bertindih yang minimum dalam susunan.
  • Setiap huruf menggunakan satu gaya penulisan.
  • Disertakan terjemahan lafziyyah/perkata untuk memahami bahasa al-Quran literal.
  • Mempunyai warna yang memisahkan satu kalimah dengan kalimah yang lain.
  • Dilengkapi dengan terjemahan tafsiriyyah mukhtasirah (tafsir ringkas) setiap ayat di sebelah tepi halaman.
  • Pembaca boleh membezakan di antara maksud perkataan secara literal dan tafsiran ayat serta konteks ayat secara menyeluruh.
  • Dirujuk kepada kitab-kitab tafsir yang mu’tabar seperti Tafsir al-Maraghi, al-Jalalayn, Ibnu Kathir, al-Tabari, al-Qurtubi, Zad al-Masir dan lain-lain.
  • Cetakan empat (4) warna dan berhias penuh dengan aplikasi motif daripada ragam seni visual negara.
  • Perolehan dana infak yang diterima disalurkan ke dalam tabung dana wakaf Yayasan Restu bagi membiayai kerja-kerja penyalinan, penyelidikan dan penerbitan al-Quran.

One thought on “Al-Qura’an Al-Karim Mushaf Mufiq (40 DALAM 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *